Hari ini terdapat terlalu banyak maklumat yang boleh didapati untuk menghilangankan berat badan yang telah menjadi lebih mengelirukan dan kadang-kadang sukar untuk diikuti oleh sesetengah orang. Ini sebenarnya sangat mudah untuk menurunkan berat badan jika anda mengikuti tips hilang kan berat badan. Jadi OhKurus akan merumuskan sedikit.



Set kan MINDA anda
Sebelum anda boleh memulakan sebarang program diet, anda perlu set your mind dengan betul. Jika anda tidak merasa bagus mungkin anda tidak akan mahu untuk memilih cara pemakanan yang sihat dan teratur. Anda tidak boleh mengharapkan diet anda untuk membuat anda berasa lebih bagus. Satu-satunya cara anda boleh memilih untuk makan pemakanan yang sihat untuk menurunkan berat badan adalah anda mempunyai fikiran yang positif. Jangan lakukan ini dengan paksaan, kerana boleh mendatangkan penyakit.

Makan makanan dalam PYRAMID MAKANAN

Makan makanan secara keseluruhan  yang semulajadi sebaik mungkin. Apabila anda makan makanan yang penuh nutrien badan anda akan tahu berapa banyak untuk makan dan berapa banyak anda tidak perlu makan. Anda tidak perlu mengira kalori kerana badan anda boleh mengetahui nya dengan sendiri bila perlu berhenti.

Makan BUAH-BUAHAN segar

Makan sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan segar setiap hari. Pilih apa-apa jua jenis buah-buahan.

Minum AIR yang mencukupi
Minum air adalah cara terbaik untuk menghilangkan berat badan, kerana jisim manusia adalah terdiri dari air. Kebanyakan orang tidak tahu perbezaan dari apabila lapar untuk makan atau haus bagi minum. Kebanyakkan orang akan makan apabila mereka sepatutnya minum. Kemungkinan besar anda tidak akan berasa lapar jika anda mendapat cukup air. Anda akan menhilangkan dahaga, yang boleh kelirukan anda ketika lapar. Air juga membantu anda mencerna makanan dengan lebih baik. Minum air sebelum anda makan akan membantu mengisi perut anda, dan ini boleh mengurankan anda untuk makan.

Sentiasa MENGUYAH makanan anda
Sentiasa mengunyah makanan dengan baik. Mengunyah makanan anda akan memastikan bahawa anda mendapat nutrien daripada makanan anda. Mendapat nutrien yang diperlukan badan anda membantu anda untuk makan dengan jumlah yang sedikit. Satu lagi faedah daripada mengunyah ialah ia membantu membantu dalam penghadaman makanan anda.

Ambil makanan dengan jumlah yang KECIL

Makan dengan jumlah kecil, makan dengan kerap dalam sehari. Makan dengan jumlah besar akan memberitahu sistem penghadaman anda supaya membuat ia bekerja lebih keras untuk hadam. Dengan erti lain, makan dengan perlahan dan kerap akan membuat anda kurang lapar, dan proses penghadaman akan berjalan dengan lancar kerana jumlah yang anda ambil adalah sedikit. Berbanding dengan makan besar, ia mengambil terlalu banyak masa di antara waktu makan membuat anda lapar untuk hidangan seterusnya.

Masukkan PROTIEN dalam diet
Masukkan sumber protein yang baik pada waktu makan,seperti ayam, ikan, kekacang, keju lembut, telur atau yogurt.

Tutup TV ketika makan
Tutup TV bila-bila masa anda makan - yang termasuk makan makanan ringan. Kajian menunjukkan bahawa kita secara automatik makan dengan jumlah yang lebih besar apabila kita makan di hadapan TV, dan biasanya kita akan makan makanan yangtinggi dengan lemak dan gula – LEBIHAN KALORI!!

 Meningkatkan aktiviti FIZIKAL anda
Meningkatkan aktiviti fizikal anda. Kebanyakan orang yang obesiti adalah kerana kekurangan aktiviti fizikal. Mulakan dengan berjalan kaki, berbasikal, berenang, bersukan dan tinggalkan kereta di rumah sekiranya anda mampu. Adalah penting bahawa anda memilih aktiviti fizikal yang anda nikmati kerana anda akan berasa selesa dengan aktiviti tersebut dan boleh kerap kali lakukannya.


Pyramid Makanan
Pyramid Makanan

berguna?? sila share, dan kreditkan di OhKurus.

2 comments

  1. Perkongsian tips yang sangat menarik. Saya suka amalkan cara kurus dengan menggunakan tiga langkah penting, iaitu bakar lemak, buangkan toksin dan bina otot untuk mempastikan metabolisme tubuh menjadi tinggi agar penurunan lebih berkesan. :)

    http://KedaiVitaminFatimah.Wordpress.Com

     
  2. Nia Zalieka Says:
  3. Penulisan yang baik. Blog pun cantik. Hehe btw, boleh ke blog saya untuk info-info kekal cantik dan slim-melim.

    >>> Yang GEMUKK Nak KURUS?! <<<

     

Post a Comment