Pesanan dari seorang IM terhadap semua IM yang luar sana. Di petik dari http://www.wangcyber.com/forum/tips-and-panduan/47977-suatu-pesanan-untuk-semua-newbies-usahawan-yang-baru.html


Salam semua newbies, (usahawan internet yang baru)

Mengenangkan usia saya yang akan meningkat ke angka 49 tak lama lagi, saya ingin berkongsi 14 pengajaran yang saya telah pelajari sepanjang perjalanan saya dalam usaha untuk berjaya dalam perniagaan internet. Pengajaran2 ini merangkumi kesilapan2 yang harus dielakkan, keputusan2 strategik yang mesti diambil, cara2 untuk dapat aliran duit masuk yang cepat dan lain-lain.



1. UTAMAKAN KESIHATAN BADAN DAN KETENANGAN FIKIRAN/JIWA
Dalam usaha mencipta kekayaan/kebebasan kewangan jangan kita lupa kepada Allah, kesihatan tubuh badan dan luangkan masa bersama dengan keluarga. Saya tidak mahu lagi anda membuat kesilapan seperti saya, di mana saya pernah bekerja (semasa makan gaji suatu ketika dahulu) siang dan malam sehingga menjejaskan kesihatan sendiri (saya kena serangan jantung sebanyak 2 kali) dan menghancurkan kebahagian keluarga (saya pernah bercerai sebanyak 3 kali).


2. BERIKAN YANG TERBAIK, MELEBIHI APA YANG DIHARAPKAN OLEH PELANGGAN2
Saya pelajari prinsip ini daripada mentor2 saya, mereka berjaya dengan cemerlang kerana memberikan lebih daripada apa yang diharapkan oleh pelanggan2 mereka.
Anda boleh lakukan perkara ini melalui pelbagai cara di dalam perniagaan anda........memberikan maklumat, perkhidmatan, atau ilmu yang melebihi apa yang dijanjikan kepada pelanggan, memberi bonus atau bayaran yang lebih sedikit daripada yang sepatutnya kepada pekerja2 atau vendor2 kita, dsbnya.
Kebanyakan orang hanya beri yang paling minima....kedekut. Berikan yang terbaik dan melebihi apa yang diharapkan, insya'Allah perniagaan kita akan cemerlang sbb Allah akan beri balik 10 kali ganda.

3. BERHENTI BERANGAN DAN MULA LAKUKAN TINDAKAN
Ramai sangat usahawan yang terlalu berangan-angan tentang impian mereka untuk jadi kaya dan macam mana hidup mereka akan berubah, satu hari nanti, mcm mana mereka tak payah bekerja lagi, tapi duit akan masuk, pakai kereta mewah, ada rumah banglo dan mcm2 lagi…..
…tetapi mereka akan terus berangan tanpa ambil apa2 tindakan. Kalau ada pun, labur RM50-RM100 sana-sini masuk skim cepat kaya, harap2 cepat kaya. Masuk saja tapi tak pernah buat pun, tetapi kalau kita tanya, "oh, aku pun dah buat dulu, tak berjaya pun!!"
Mereka ni akan pergi ke seminar2, hadiri kursus2, masuk bengkel2, download banyak ebook2 (kadang2 sampai tak sedar dah download ebook yang sama berkali-kali) namun tak ada sesuatu pun yang akan mereka buat yang benar2 boleh memberi hasil.....
Satu Website pun tak pernah buat, iklan apa pun tak jalan, market testing pun tak pernah, blog atau artikel satu pun tak pernah tulis, tak ada pun tindakan yang betul diambil. Berangan saja....merancang untuk merancang nak buat, tapi tak pernah buat!
Kalau nak buat duit yang banyak, kenalah buat betul2 perkara2 yang boleh masuk hasil, yang penting KENA BUAT.....

4. JANGAN BIARKAN PROSES PEMBELAJARAN MELENGAHKAN TINDAKAN
Kebanyakan orang yang dah ada sedikit sebanyak ilmu tentang Internet Marketing sebenarnya sudahmempunyai cukup ilmu untuk membina perniagaan yang bernilai jutaan $$
Saya ulang sekali lagi.......
Kebanyakan orang yang dah ada sedikit sebanyak ilmu tentang Internet Marketing sebenarnya sudah mempunyai cukup ilmu untuk membina perniagaan yang bernilai jutaan $$.
Kalau asyik nak belajar, tak akan habis sampai bila-bila. Ada saja ilmu2 baru atau teknik2 baru yang akan timbul setiap hari dalam internet, sebab internet ini sebenarnya berubah setiap saat, itu hakikat.....
Jadi jangan terperangkap dengan situasi "aku nak belajar dulu baru nak mula atau aku nak mula selepas ambil kursus ni, pegi bengkel tu dsbnya…"
Sebenarnya dalam bisnes internet ni, anda boleh belajar sambil buat, belajar pagi, petang apply pada hari yang sama.....
Tidak akan ada benda yang SEMPURNA dalam apa bisnes pun, tak ada butang ajaib, atau kursus hebat, software canggih atau guru bijaksana yang akan dapat ganti usaha keras dan buah fikiran anda sendiri dalam bisnes ni. BUAT sesuatu projek yang simple dulu, yang penting buat sesuatu dulu....


5. TERLALU BANYAK IDEA AKAN MEMATIKAN BISNES
Biasalah bagi seorang usahawan, memang ada banyak idea dan projek, memang agak mustahil nak hentikan macam2 idea kita yang datang pada waktu yang sama.
TETAPI…
Tidak akan ada duit yang masuk kalau kita asyik fikirkan idea ini dan idea itu tanpa ada satu pun projek pun yang kita lancarkan.
Lancarkan SATU projek dulu, barulah fikirkan idea2 lain.

6. JANA SATU (1) $ TERLEBIH DAHULU
Tiada jutawan yang pernah buat satu juta $ tanpa menjana satu $ terlebih dahulu.
SEMUA bisnes yang berjaya bermula dengan projek kecil yang pertama.
Walau apa pun matlamat kewangan anda, tanpa $ yang pertama, anda tidak akan capai matlamat perniagaan anda!!.

7. BUAT PROJEK YANG BOLEH DAPAT DUIT TUNAI YANG CEPAT DULU
Apa yang perlu anda buat seterusnya? Apa sahaja yang boleh bawa masyuk duit yang paling cepat untuk bisnes anda........asalkan yang sahih, bermoral, tak menyalahi undang2 dan bukan yang akan memakan kita balik seperti skim cepat kaya, skim piramid, scam, spam dsbnya.
Analisa betul2 semua idea2 anda, saya yakin anda dah idea2 bernas. Senaraikan semua idea-idea itu, dan susun balik idea2 itu, utamakan idea ynag boleh bawa masuk aliran tunai yang paling cepat, insya'Allah. Itulah projek yang anda harus utamakan.
Aliran tunai adalah ibarat aliran darah utuk bisnes anda ( dan anda)
Ketepikan "idea2 besar" anda itu untuk masa akan depan, FOKUS kepada yang boleh memberikan anda duit masuk yang cepat. Selepas pengaliran kewangan anda stabil, barulah anda beralih kepada idea2 besar yang mungkin ambil masa yang agak lama untuk dimulakan atau beri hasil.

8. TEKNIK PALING TULEN DAN PALING STABIL - TEKNIK PEMASARAN MELALUI EMAIL
Untuk kembangkan perniagaan internet, tiada teknik yang lebih stabil, lebih tulen dan lebih cekap menjana $ daripada teknik mengumpul senarai alamat email prospek atau pelanggan yang memang mahukan produk anda.
Teknik pemasaran email adalah teknik terbaik menjana traffik serta memacu pendapatan jangka panjang. Dengan menggunakan senarai yang sama ianya juga adalah teknik paling stabil untuk mengitar semula senarai pelanggan untuk terus membeli apa saja produk yang anda ingin pasarkan. Teknik ini juga adalah yang paling berkesan menukar prospek kepada pelanggan.
RSS, Twitter, Facebook, Mobile marketing, YouTube, BLAH BLAH BLAH
Ya, kaedah2 di atas boleh juga menjana prospek dan ya, kaedah2 lain juga boleh menjana pendapatan. Namun, kaedah pemasaran menggunakan email autoresponder pada bila-bila masa boleh pukul bersih kaedah2 lain....
Jadi, lahirkan senarai nama dan alamat email prospek yang panjang, jalin perhubungan yang rapat dengan mereka, dan anda bakal lihat perniagaan anda MELETOP!!

9. BERNIAGA KECIL-KECILAN DAHULU DGN OVERHEAD YANG PALING MINIMA
INI SAYA INGIN TEKANKAN!
Apabila anda ingin memulakan sesuatu perniagaan, kadang2 anda akan terlupa tentang perbelanjaan tetap yang semakin hari semakin meningkat,. Memang senang untuk upah orang buat itu dan ini, namun, kalau perniagaan anda masih tidak ada pendapatan yang stabil, anda mungkin tidak perlu itu semua. Hakikatnya, bisnes internet ini ada banyak kaedah dan bahan yang PERCUMA, anda cuma perlu belajar, faham dan rajin bertindak, itu saja.
Di dalam apa jua perniagaan, aliran tunai masuk memang penting, tetapi apa yang lebih penting adalah berapa keuntungan, yakni Aliran Tunai Masuk tolak Jumlah Perbelanjaan = Keuntungan.
Saya pernah dengar bahwa ada ushawan yang mendapat keuntungan yang lebih dalam sebuah sebuah perniagaan bernilai hanya $100,000 sebulan daripada usahawan yang ada bisnes bernilai 1 Juta $. YANG PENTING BUKAN BERAPA BESAR BISNES ITU, TETAPI BERAPA BANYAK YANG BOLEH MASUK POKET.....

10. BELAJAR ILMU PERAKAUNAN ATAU UPAH SEORANG AKAUNTAN YANG AMANAH
Ramai usahawan yang pernah buat kesilapan ini, termasuk saya sendiri.
Membuat kira-kira akaun adalah perkara yang ramai usahawan paling tak suka buat, mereka lebih suka menjana idea-idea baru daripada mengambil tahu pasal kira-kira akaun. Mengimbangi akaun adalah perkara terakhir yang usahawan suka, kecuali tengok jumlah $$ dalam akaun. Namun, walaupun anda tak suka pasal perakaunan, anda perlu buat juga sebab anda buat bisnes dan bisnes tak boleh lari daripada untung atau rugi. Jadi kalau tak suka akaun, kena upah akauntan yang amanah untuk buat kira2, jangan buat lupa terus. Jangan sampai kena bayar denda LHDN atau SSM, atau ditinggalkan oleh partner anda. Jangan hutang kad kredit untuk belanja perniagaan kecuali anda dah tahu duit masuk akan melebihi hutang kad kredit (termasuk faedahnya). Dan jangan sekali-kali lupa bayar zakat dan beri sedekah.....

11. JANGAN SEWA RUANG PEJABAT
MEMANG TAK PERLU......
Kadang2 apabila bisnes anda berkembang, anda terdorong untuk sewa atau beli pejabat, JANGAN. Kenapa saya kata begitu?
Macam saya dulu, apa yang terjadi ialah saya akan berhenti pergi ke pejabat kerana saya lebih selesa duduk di rumah, di mana memang lebih selesa, dan ketika itu saya tersedar saya memang tak perlu ada pejabat!
Kejayaan sesuatu bisnes itu tidak memerlukan pejabat dalam dunia perniagaan internet. Pejabat dah tak penting lagi dalam dunia "digital" sekarang.
Walaupun bisnes anda dah berkembang sehingga $10juta, dan anda memerlukan pekerja, anda TAK PERLUKAN PEJABAT! Ada usahawan di Jepun yang menjalankan bisnes $20juta yang tidak ada pejabat, pekerja2 beliau bekerja dari rumah sahaja, secara virtual, ini dah menjadi lumrah.... Bayangkan perbelanjaan yang berjumlah beribu-ribu ringgit yang anda jimat setiap bulan.

12. HAMPIR KESEMUANYA AKAN AMBIL MASA
Apabila memulakan sesuatu projek, seperti mencipta software, menulis ebook, membina website, atau apa saja, hampir semua perkara tersebut akan mengambil masa yang lebih lama daripada yang anda jangkakan pada mulanya....Inilah sebab No. 1 kenapa anda perlu bermula SEKARANG, HARI INI, dalam memulakan perniagaan anda. Lebih lama anda tunggu, lebih lambat duit anda akan masuk dan lebih banyak perubahan anda perlu lakukan (sebab ingat - teknologi internet berubah setiap saat).

13. HASIL SEBENAR DATANG DARIPADA AKTIVITI PEMASARAN
Jangan terlalu asyik belajar perkara2 teknikal seperti 13 kaedah bina website, telaah HTML atau belajar mcm mana nak tulis skrip JAVA, atau nak jadi master LINUX atau Photoshop atau nak cipta logo dsbnya........
Boleh, bukan tak boleh, tapi fahamilah, semua itu akan jadi hobi akhirnya....Tahu tak daripada kajian yang telah saya lakukan tentang ramai usahawan bisnes internet yang berjaya jadi jutawan, mereka hanya tahu yang asas sahaja, mereka semua bukan orang teknikal. Apa yang mereka semua ada persamaan ialah mereka fokus kepada aktiviti atau projek pemasaran (MARKETING) - di mana hasil sebenar terjadi. Bab lain mereka akan upah orang lain untuk buat.....

14. BANYAKNYA MASA ANDA ONLINE BUKAN KAYU PENGUKUR ANDA MEMBINA PERNIAGAAN
Hanya kerana anda menghabiskan masa anda online tak semestinya membuktikan anda sedang membina bisnes anda! Anda boleh menghabiskan sepanjang usia anda sehingga kiamat secara online belajar dan buat kajian tentang teknik2 atau kaedah2 perniagaan internet tetapi kalau tak buat aktiviti projek yang berkaitan bisnes anda, anda tak akan dapat satu sen pun!! Habis duit adalah....
Anda perlu gunakan masa anda (yang tidak boleh putar balik itu) untuk:
Menjana Traffik Berinteraksi dengan pelanggan/prospek (i.e. blog, email, list, artikel etc.) Mencipta/menulis bahan2 kandungan yang terbaik
Jangan sekali-kali terpedaya dengan menghabiskan masa anda dengan membaca blog dan forum, chatting dalam Facebook atau Twitter, menyemak statistik, baca online news dsbnya berjam-jam sehari.
Percayalah, semua itu lebih membazirkan duit dan masa anda yang terhad di atas dunia ini daripada menjana pendapatan.
-----------------------------------------
Saya benar-benar harap anda semua telah mendapat pengajaran yang berguna daripada pesanan2 saya di atas dan gunakan semuanya untuk membina keuntungan di dalam hidup anda....Kalau ada otai2 lain nak tinggalkan pesanan2 yang lebih bernas, boleh teruskan.....Terima kasih.

Ikhlas,

AZHAR AHMAD Ph.D.
AA Training Systems

di petik dari laman wangcyber.com dan di kongsi di OhKurus. Terima Kasih, kerana nasihat tu betol2 kene batang hidung sendiri. Kredit untuk encik Azhar / aats0809. 









lastly, Ingat Allah kerana rezeki datang dari Allah. =)

0 comments

Post a Comment