Cara Sihat Menggemukkan Badan

Menjadi gemuk adalah idaman orang yang kurus dan menjadi kurus adalah idaman orang yang gemuk. Jadi kali ini OhKurus akan memberikan tips cara sihat untuk menggemukan badan.

Memiliki tubuh yang terlampau kurus memang selalunya membuat orang rendah diri bagi sesetengah orang. Mereka takut dikatakan berpenyakitan atau kurang khasiat, atau malah boleh kena panggil dengan gelaran mat gian, padahal setiap hari mereka merasa telah makan makanan yang berkhasiat. Terlalu kurus juga membuat penampilan kurang bagus, tonjolan tulang tampak disana sini yang sangat tidak sedap untuk dipandang mata.

Bagi mereka yang ingin membuat tubuh lebih berisi, berikut beberapa tips sihat untuk menggemukan badan :


1. Seimbangkan khasiat makanan.
Seimbangkan khasiat makanan. Memilih makanan yang tepat merupakan hal yang sangat penting dalam proses menggemukan badan sebab makanan merupakan sumber utama zat berkhasiat, vitamin dan mineral yang akan masuk ke dalam tubuh. Untuk menambah berat badan, seseorang harus memperbanyak makan makanan yang berkalori tinggi. Kerana, mereka yang kurus ini selalunya dikaitkan dengan kadar metabolisma yang tinggi.

Makanan yang bagus untuk dimakan termasuk sayuran, buah-buahan, kacang, tepung, daging, makanan laut, ayam, dan telur. OhKurus syorkan ikan salmon. Tapi perlu juga diingat, tidak semua jenis makanan bagus untuk menambah berat badan sebab ketika ini banyak makanan terutama makanan rutin yang mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang tinggin dan tidak baik untuk kesihatan anda. Silap-silap jadi lain lak, jadi take note.



2. Lakukan senaman dengan teratur.
Lakukan senaman dengan teratur. Menambah berat badan tidak hanya berkait pada masalah pemakanan tetapi juga bagaimana membentuk otot yang berisi dan sihat. Latihan menambah otot dan pembakaran lemak secara rutin merupakan cara terbaik untuk menambah berat badan sebab sihat ini akan menyusun proses pembakaran lemak yang anda makan. Untuk menambah berat badan secara sihat, lakukan senaman secara teratur sehingga yang membesar adalah otot anda dan bukan lemak.



3. Jangan terlalu memaksa diri.
Jangan terlalu memaksa diri. Walaupun makani makanan yang banyak mengandung kalori tinggin merupakan antara cara untuk menambah berat badan, tapi anda tidak boleh terlalu memaksa diri untuk memakannya. Orang yang ingin menambah berat badan dianjurkan untuk makan secara sedikit demi sedikit bermula 300 sampai 500 kalori setiap hari. Jika anda termasuk orang yang tiada untuk hobi makan, anda boleh memasukan makanan tinggi kalori pada menu harian anda. Kesimpulannya, anda sendiri yang mengatur diet yang sesuai dengan kehendak dan kesukaan anda. Ini untuk membuat anda lebih disiplin dalam menjalankan diet yang sihat.


4. Lakukan latihan ringan setiap hari kurang dari sejam.
Lakukan latihan ringan setiap hari kurang dari sejam. Tidak kira anda di pejabat atau di rumah, lakukan gerakan kecil yang tidak terlalu memerlukan waktu yang lama. Ketika anda melakukan latihan ini, utamakan pada bahagian-bahagian tertentu dari tubuh, misalnya penguatan otot lengan dengan dumblell, penguatan otot otot perut dan lain sebagainya. Pakar percaya bahawa dengan melakukan latihan yang pada area tertentu pada tubuh akan membuat anda lebih memfokuskan pembesaran otot pada bahagian tubuh tersebut. Dengan melakukan latihan ringan, anda tidak terlalu banyak membakar kalori yang telah anda makan. Selain itu, latihan ringan ini juga membuat tubuh anda tidak terlalu lelah untuk aktif.






0 comments

Post a Comment